Thursday 14 March 2013

Bismillah.........

Still remember about my previous entry???
ESCAPE....

ni hah link from one of my friend blog...she wrote about the ESCAPE and some pictures about it...

http://pixelsofimperfection.wordpress.com/2013/03/11/pixels-of-escape-time-to-play/

enjoy reding!!!!!!!!!!

mantapkan iman...lebihkan senyuman.....redha dengan ketentuan...



Sunday 10 March 2013

I'am a beginner!!!!!!!!!!!

Bismillah....

1st skali nak say Thanks kat Ayue...Thank a lot ayue sbb ajar diriku yg agak rabun niii hehe...sekarang rasa mcm dah kemas ckit dan lebih berkeyakinan...

THANKS AYUE

Ok sambung balik...sbnarnya this entry dah tulis dari last week lg tp x dpt2 nak post...ok update!!!!
hari sabtu bertujuh g escape...adoiii la smpai hari ni sakit badan...sengsara....tp sgt best!!!! sila la g escape...

dah sekian...

mantapkan iman...lebihkan senyuman...redha dengan ketentuan






Wednesday 6 March 2013

mood ohhhh mood

Bismillah.....

what i should write for today entry...still in the mood of blogging...finish reading one of my lovely friend blog...cik mah .....miss her suddenly...

ok I'm fasting today, sahur at 3.30 am in dark room since my house rent black out last night.

what story should i share today...lately i love to read article about "tanda2 hari kiamat". finished reading article about dajjal .

ok here is the story/article that i had already read:

Dajjal ini sebelum umurnya 7 tahun kerjanya hanyalah tidur sahaja. Manakala di Pulau yg didiaminya itu hanya binatang yg berbulu itu sahaja dapat bercakap dengan Dajjal. Dia sajalah kawan Dajjal untuk bermuzzakarah ilmu yg telah diajarkan Jibril. Binatang berbulu ini telah memberitahu Dajjal bahawa dia akan menjadi seorang Raja seandainya dia mengamalkan apa yg telah Jibril ajarkan kepadanya malah dia akan menjadi Raja yg seadil-adilnya tetapi jika sebaliknya, dia akan menjadi sezalim-zalim Raja.

    Lalu atas fikir Dajjal bahawa dia mempunyai keistimewaan dengan ilmu yg tinggi dan di dalam pulau itu dia melihat hanya dirinya sendiri. Oleh kerana fikirnya yg telah dipengaruhi oleh Iblis maka dia mengatakan dia Adalah Anak Tuhan. Maka kalau dia anak Tuhan bererti dunia ini dia yg punya. Jenuhlah makhluk berbulu itu mengatakan bahawa Dajjal bukan anak Tuhan namun tidak dipedulikannya. 

Sebenarnya inlah yg dimaksudkan dalam Surah Kahfi bahawa Yahudi mengatakan ''aku orang yg dipilih Tuhan' dan Nasrani pula mengatakan 'Nabi Isa anak Tuhan''.

Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
(Al-Kahfi 18:4) |

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu begitu juga dengan  nenek moyang mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta
(Al-Kahfi 18:5) ||


dan lagi terjemahan...


Firman Allah SWT : “dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  (An-Nisa : 157-158) 

    Pada satu ketika, ada sebuah kapal berlabuh di pulau tersebut dan Dajjal telah ikut kapal ini balik ke negeri Arab dan menggelar dirinya sebagai Samiri iaitu ada kaitan dengan tempat asalnya, Samirah. Pada masa itu, usianya telah melebihi 100 tahun. Pada zaman itu adalah zaman Nabi Musa a.s. Maka Dajjal ataupun Samiri telah melihat bagaimana Nabi Musa a.s menentang Firaun bahkan dia juga bersama-sama dengan Nabi Musa a.s. Dia juga mengikut Nabi Musa melintas Laut Merah apabila dikejar Firaun.

    Apabila Nabi Musa a.s. naik ke Bukit Tursina selama 40 hari, Samiri telah menghasut orang-orang Bani Israel membuat patung lembu dari emas. Kemudian Samiri telah meletakkan tanah dari bekas telapak kaki jibril pada patung lembu betina dari emas itu. Atas asbab itu lembu betina tersebut hidup dan boleh berkata-kata. Maka hampir 70% kaum Nabi Musa a.s. percaya lembu betina itu sebagai Tuhan.

    Berkenaan dengan tanah bekas telapak kaki Jibril itu ialah, apabila Malaikat datang ke dunia dan berubah bentuk kepada manusia, maka di mana dia turun, tanah di situlah akan dijadikan jasad yg digunakan malaikat Jibril. Apabila Malaikat akan berubah kepada bentuk asalnya, tanah tanah yg dijadikan jasad itu akan ditinggalkan dan tanah inilah yg andaikata diletakkan pada batu, batu akan hidup, diletakkan pada kayu, kayu berkata-kata. Maka Dajjal telah mengambil tanah ini dengan banyaknya sewaktu Malaikat Jibril mengajarnya di Pulau tempat asalnya. Tanah inilah yg diletakkan pada patung lembu betina tersebut. Sehingga atas asebab itulah patung itu hidup.

    Oleh itu tanah yg Dajjal ambil ini juga jika diletakkan pada mayat, mayat akan hidup. Sebab itu dikatakan Dajjal dapat menghidupkan manusia yg sudah mati atas asebab tanah itu.

    Apabila Nabi Musa a.s. turun dari Bukit Tursina, dia melihat kaumnya sedang menyembah patung lembu. Maka Nabi Musa telah memarahi Nabi Harun kenapa tidak menghalang mereka. Nabi Harun berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Nabi Musa melihat Samiri, Nabi Musa a.s. tidak membunuhnya atau memarahi Samiri, sebaliknya baginda hanya menghalau Samiri kerana baginda tahu yg Samiri itu adalah Dajjal.

    Kemudiannya Dajjal telah menjelajah keseluruh dunia. Di China denga hanya sehelai sepinggang dia kemudiannya telah menjadi kaya-raya. Namun dia merasakan satu yg kurang, iaitu dia tiada kuasa. (Inilah hikmahnya kenapa Sultan-sultan zaman dahulu mewariskan takhta pemerintahan kepada keturunannya kerana untuk mengelakkan Dajjal dr menjadi raja)

    Dajjal kemudiannya balik ke Tanah Arab pada zaman Nabi Isa a.s tetapi Dajjal tidak boleh mendekati Nabi Isa malahan untuk memasuki kawasan Nabi Isa pun dia tidak berani kerana dia tahu yg Nabi Isa akan membunuhnya suatu masa nanti. Pada masa itu dia adalah seorang yg kaya-raya lalu dia menghantar seorang utusan kepada Nabi Isa dan utusan ini telah berkata pada Nabi Isa, ''andaikata kamu orang yg benar, beritahu siapa yg menghantar utusan ini?''. Lalu Nabi Isa menerangkan siapa yg menghantar utusan tersebut, mana asal-usulnya bahkan niat dia pun Nabi Isa terangkan.

    Apabila wakil Dajjal ini memberitahu Dajjal, dia telah memutar-belitkan fakta. Iaitu dengan mengatakan ''Orang yg mengetahui hakikat ini adalah orang yg mengamalkan sihir dan berguru dengan jin dan syaitan''. Walaubagaimanapun dia tidak berani dekat dengan Nabi Isa sehingga atas begitu takutnya dengan Nabi Isa dia telah kembali ke Pulaunya.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''. Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.

Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

    Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dharijumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya, ''Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.

     Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.


sambungan ya......

Nabi Bersabda; '' Dajjal, kekuatannya adalah kekuatan Dunia, kekayaannya adalah kekayaan dunia''.
Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ; sekiranya kami hidup semasa itu bagaimana nak menghadapi Dajjal?

Rasulullah s.a.w. menjawab ; kembali kepada Kahfi.

Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal dari surah Al-Kahfi akan di pelihara dan di selamatkannya dari fitnah Dajjal.” (hadis riwayat Muslim)

Surah Kahfi (Quran) kena di amal, maksudnya bukan sekadar hafalan tetapi merupakan perjalanan kerana Quran itu sendiri terletak pada orangnya.



sekian....

mantapkan iman....lebihkan senyuman.....redha dengan ketentuan
mudah2an....amin


Team mate!!!!!

Bismillah.....

Banyak pulak la nak ckap harini kan....ni my team mate yg paling rapat dengan diriku...maybe sbb faktor usia jgak kot, xpun sbb faktor status...pun bole la kan...hi hah YONG!!!!

Yong and fiza.....
secret recepi.....
vendor belanja!!!!!

muka cover2 nak senyum sbb takot nmpak besi2 di gigi tu....hehe...kalau angin dengan requestor yong la tmpat ngadu2....yong pun sama....biasa la kteorg hanyalah pekerja gred 8 (gred 8???? apakah???)...

since one of my tech off for 3 days starting today then i have to complete his job in order to meet customer demand. oooooohhh so tired, doing the job that not belong to me makes alot of confius.which data should i include in report?? which sample should i analyze??? where is the location of defect????? confius confius confius.......last2 bedal ja buat report camna pun....menjwap la nnti dgn requestor kalau diorh x puas hati....aduhhhhh!!!!!

wlau mcm mane pun still enjoy being one of the member of FA. teammates yg sgt2 best!!!!! serius........cuma nak melayan requestor mmg part yg x best...paling teruk pernah dimalukan kot oleh requestor niii....terus xmau buat job dia smpai bila....teammates pun xbg dah buat job dia...biarkan....ok penat!!!!!"

akhir kata........mantapkan iman...lebihkan senyuman andd redha dhn ketentuan.....

sekian.......

Kisah Sa'labah

Bismillah....

Td sgt2 la rasa terkesan dgan tazkirah abg AE kat dalam lab...sebenarnya abg ni mmg suka bg tazkirah dan cerita yg disampaikan mmg sgt bagus dpt membuat hatu dan dijadikan pedoman hidup...
kali ni kisah tentang sahabat nabi iaitu Sa'labah....msti penah dgrkan masa kita kecik2 dulu tp dah lupa sbb byak dah anasir2 yg masuk dakan otak ni.

ni ceritanya (versi abg AE...ringkas dan mudah faham):

Sa'labah merupakan sahabat nabi yg miskin dan rumah beliau berdekatan dgn masjid nabi...beliau tidak pernah meninggalkan solat berjemaah bersama sama nabi. disebabkan kemiskinan beliau memohon supaya Rasulullah memohon kepada Allah supaya beliau menjadi kaya.

X ingat mcm mana beliau dpt kambing tp dipendekkan cerita kambing yg diternak membiak dan menjadikan beliau kaya.disebabkan terlampau busy  beliau menjadi jarang berjemaah di masjid.

kemudian diceritakan lg....beliau terpaksa berpindah lebih jauh dari masjid disebabkan kambing2nya memasuki kediaman dan makan hasil tanaman org lain.

sekian....

so moral of this story:
ingatlah dugaan bila kita dah kaya tu lgi banyak, kadang2 hidup bersederhana lagi bagus aslkan cukup untuk menyara keperluan kita. Dan Yang penting jgan sesekali lupa bayar zakat ya....mudah2an....ingatan utk diri sendiri jugak yg asyik pulun kerja ja...

mantapkan iman.....lebihkan senyuman...dan redha dengan ketentuan...

mudah2an...amin....


Tuesday 5 March 2013

mencari ketenangan

Bismillah..

Sejak semalam hingga la harini kiranya dah 2 hari la kan...dup dap dup dap ja...macam ada ja yang x kena kat dalam ni...tp still searching apa la yang x kena ni...mudah2an dipermudahkan segala...amin...

Dan sangat la terkesan harini sbb dapat email dari abg AE...article yg menarik bermanfaat tentang yakjuj and makjuj. mudah2an lama la "berkesan dalam hati ni"...amin

sambung point yang atas td...disebabkan hati yg tidak tenteram sejak 2 hari ini so decide puasa la harini sbb doa org yg berpuasa tu kan "mustajab" semoga di tenangkan and perjalanan hidupku bertambah lancar..amin